by Oh! Semput
Pelakon Mimi Lana mencuri perhatian warganet apabila berkongsi beberapa keping foto dirinya tampil berhijab bersama suami bersempena hari terakhir Ramadan.
Menerusi perkongsian di Threads, Mimi meluahkan rasa syukur dan sedikit sebak mengenangkan segala ujian yang telah dilaluinya sepanjang bulan mulia itu.

Perkongsian tersebut nyata meraih perhatian ramai apabila ruangan komen dihujani pujian terhadap penampilan sopan Mimi yang dilihat anggun berhijab.

Rata-rata netizen bukan sahaja memuji kecantikannya, malah turut mendoakan agar pelakon itu terus istiqamah dan diberikan kekuatan untuk mengekalkan penampilan tersebut.
Ada juga yang menyifatkan perubahan itu sebagai sesuatu yang menenangkan dan memberi inspirasi, lebih-lebih lagi ketika umat Islam berada di penghujung Ramadan yang penuh keberkatan.



Artikel lain: Mimi Lana dedah Syafiq Kyle saran jual tudung -“Mana tahu terbuka hati nak pakai kekal”
Terdahulu Mimi mendedahkan suaminya, aktor popular, Syafiq Kyle pernah menyarankan dirinya menjual tudung sebagai usaha untuk menjadi lebih baik.
Tambah Mimi, Syafiq sangat mahukan dia menjual tudung kerana ia mungkin salah satu cara untuk belajar menutup aurat dengan lebih baik.
Nasihat lembut pelakon filem Blood Brother itu disambut baik oleh Mimi dan menjelaskan semua material sudah ada namun ia tidak dapat diteruskan pada tahun tersebut disebabkan dirinya berasa takut jika keluarannya tidak menepati citarasa wanita berhijab.
: Threads missmimilana