by Oh! Semput
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat supaya mengurus perbelanjaan dengan lebih berhemat susulan ketidaktentuan ekonomi global yang dipengaruhi konflik Asia Barat melibatkan Iran, Amerika Syarikat dan Israel.
Memetik laporan daripada Berita Harian, beliau menyatakan, walaupun keadaan di Malaysia masih terkawal, kerajaan tetap bertanggungjawab mengingatkan rakyat agar tidak terlalu selesa dan lebih berhati-hati dalam mengurus kewangan.
Katanya, kesan konflik antarabangsa bukan hanya melibatkan satu negara, malah memberi impak kepada puluhan negara lain termasuk kenaikan harga barangan.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Masjid Mengkuang Titi di Permatang Pauh hari ini. Turut hadir Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohamad Abdul Hamid; Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek serta Menteri Belia dan Sukan, Mohammed Taufiq Johari.

Dalam masa sama, Anwar memaklumkan kerajaan sedang berusaha mengekalkan harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter meskipun harga minyak dunia meningkat susulan ketegangan di Teluk Hormuz.

Artikel lain: Konflik Asia Barat: Harga RON95 masih terkawal, nasihat rakyat lebih berjimat -PM Anwar
rekod, Teluk Hormuz merupakan laluan perkapalan penting antara di Asia barat melibatkan Iran dan Oman dengan kelebaran kira-kira 55 kilometer serta menjadi antara laluan utama bagi industri gas dunia.
: Berita Harian (Nur Izzati Mohamad)