Kisah bekas militan harus dikongsi jadi iktibar – TPM

by Oh! Semput


9
SHARES
116
VIEWS
Posted on 26 Nov 2016 12:00:58

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap ketika majlis penutup Wacana Belia Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIYD) 2016, sebentar tadi. – Foto Mohamad Shahril Badri Saali

KUALA LUMPUR: Kisah mangsa yang terjerumus dalam kancah militan wajar dikongsikan dengan masyarakat, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, strategi untuk menerapkan pedoman dan menyelongkar punca sebenar seseorang terpengaruh dengan dakyah militan itu bukan perkara baharu.

Katanya, ia sudah lama digunakan kerajaan, termasuk membabitkan penagih dadah dan alkohol yang sehingga kini dianjurkan menerusi seminar di sekolah serta institusi pendidikan tinggi.

“Strategi ini turut digunakan dalam memerangi penularan militan Tentera Republik Irish (IRA) pada 1998 sehingga akhirnya semua kegiatan mereka menemui jalan buntu kerana tiada yang terpengaruh dengan dakyah gerakan itu.

“Sehubungan itu, helah sama boleh digunakan dalam usaha menangani penularan Daesh dengan mewujudkan wadah supaya orang ramai boleh selami cerita mereka (individu yang terpengaruh dengan militan).

“Jangan kita sorokkan cerita mereka daripada khalayak ramai kerana banyak iktibar yang boleh diambil daripada kisah bekas mangsa militan,” katanya ketika menutup Wacana Belia Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIYD) 2016, sebentar tadi.

Tturut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin; Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin; Pengerusi KLIYD, Khairul Azwan Harun; Pengarang Urusan Kumpulan The News Straits Times Press (NSTP), Datuk Abdul Jalil Hamid dan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Muammar Ghadafi Jamal Jamaluddin.

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts