Enam Ketua Armada Bersatu Pahang sokong Hamzah, Bantah Tindakan Displin Pecat Ahli Parlimen, Ketua Bahagian Dan Individu Parti

by Oh! Semput


7
SHARES
88
VIEWS
Posted on 17 Feb 2026 13:31:59


KUALA LUMPUR: Enam Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Pahang membantah  tindakan disiplin parti yang memecat beberapa ahli Parlimen, ketua bahagian serta individu dalam parti termasuk  bekas Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Mereka yang menyatakan sokongan terbuka kepada Ahli Parlimen Larut itu dalam kenyataan bersama ialah Ketua Armada Bahagian Bera, Rompin, Bentong, Raub, Indera Mahkota dan Temerloh.

Dalam kenyataan itu, mereka turut membidas kenyataan Ketua Armada Negeri Pahang, Muhammad Fareed Tarmizi berhubung kemelut kepimpinan tertinggi parti yang disifatkan hanya pendirian peribadi beliau dan tidak mewakili keseluruhan Armada bahagian di negeri berkenaan.

“Dalam mesyuarat terakhir Armada negeri sebelum ini, isu berkaitan pendirian terhadap kepemimpinan tertinggi parti langsung tidak pernah dijadikan agenda untuk diputuskan secara bersama.

“Tindakan mengeluarkan kenyataan atas nama negeri tanpa mandat jelas menunjukkan kegagalan menghormati struktur organisasi dan membelakangkan semangat muafakat.

"Lebih membimbangkan, ia memberi gambaran palsu seolah-olah mendapat sokongan menyeluruh, sedangkan hakikatnya perkara itu tidak pernah dipersetujui secara kolektif,” menurut kenyataan itu.

Mereka menegaskan, isu berkenaan tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat terakhir Armada negeri, sekali gus menimbulkan persoalan terhadap asas kenyataan yang dikeluarkan atas nama negeri.

“Tindakan mengeluarkan kenyataan atas nama negeri tanpa mandat jelas menunjukkan kegagalan menghormati struktur organisasi serta membelakangkan semangat muafakat, ia memberi gambaran palsu seolah-olah mendapat sokongan menyeluruh,” kata mereka lagi.

Dalam kenyataan sama, kumpulan itu turut menyuarakan pendirian berhubung tindakan disiplin parti terhadap pemimpin tertentu.

“Kami dengan ini menyatakan pendirian tegas bahawa kami tidak bersetuju dengan tindakan lembaga disiplin memecat ahli-ahli Parlimen, ketua-ketua bahagian, individu-individu di dalam parti serta keputusan terbaharu melibatkan timbalan presiden,” kata mereka lagi.

Sebaliknya, mereka menegaskan sokongan terbuka terhadap Hamzah yang dipecat minggu lalu, sekali gus mencerminkan perbezaan pendirian dalam kalangan kepimpinan sayap parti di peringkat negeri. #MalaysiaGazette

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts