Kesatuan sekerja juruterbang perlu sambung rundingan dengan Lufthansa

by Oh! Semput


15
SHARES
200
VIEWS
Posted on 27 Nov 2016 02:01:16

FRANKFURT: Kesatuan sekerja juruterbang Jerman, VC, perlu menyambung rundingan dengan syarikat penerbangan Lufthansa untuk mencari penyelesaian terhadap perbalahan mengenai gaji berbanding mengadakan mogok berulang kali.

Lufthansa membatalkan hampir 2,800 penerbangan minggu ini berikutan mogok empat hari yang menjejaskan lebih 350,000 penumpang, ke-14 dalam perbalahan mengenai gaji sejak awal 2014 yang menyebabkan syarikat itu kerugian ratusan juta euro.

“Kita perlu berbincang. Saya harap VC akhirnya mengubah pendirian enggan bertolak ansur itu,

“Ia tidak boleh dipaksa dengan mogok,” kata pegawai Manusia Lufthansa, Bettina Volkens kepada akhbar Bild am Sonntag.

VC menolak bayaran terbaru ditawarkan syarikat penerbangan terbesar Jerman itu pada Jumaat tetapi menarik balik ancaman melanjutkan mogok selepas Sabtu.

Ia berkata, lebih banyak mogok mungkin dilancarkan, dan akan diumumkan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum dilakukan.

“Gelombang mogok dilakukan VC sudah pun menjejaskan ratusan ribu penumpang. Ia langsung tidak munasabah kerana tuntutan kenaikan gaji lebih 20 peratus adalah unik di Lufthansa dan seluruh industri,” kata Volkens.

Lufthansa menawarkan kenaikan 4.4 peratus dalam dua pembayaran, termasuk pembayaran sekali gus 1.8 bulan gaji.

Kesatuan itu mahukan kenaikan gaji purata tahunan 3.7 peratus bagi 5,400 juruterbang sejak lima tahun lalu bermula 2012. – REUTERS

Category: Dunia

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts