Kereta api kargo rempuh pekerja, 6 maut

by Oh! Semput


6
SHARES
84
VIEWS
Posted on 11 Dec 2016 06:01:01

BEIJING: Enam pekerja di China terbunuh selepas dirempuh sebuah kereta api kargo ekspres di landasan yang menghubungkan Beijing dengan selatan bandar Guangzhou.

Kerajaan tempatan dalam satu kenyataan semalam berkata, pihak berkuasa masih menyiasat mengapa pekerja itu berada di atas landasan aktif ketika kejadian.

Media rasmi negeri berkata, Julai lalu jumlah kemalangan membabitkan kereta api dan kematian menurun bagi tempoh separuh pertama tahun ini.

Pengawal selia keselamatan negara China, Pentadbiran Keselamatan Kerja Negeri, melaporkan 1,037 kematian berkaitan kereta api pada 2015 dan menyalahkan pejalan kaki dan pemandu yang menyeberangi trek secara melulu selain taufan dan bencana alam lain.

China kini sudah melepasi 20,000 kilometer jarak kereta api berkelajuan tinggi, dan mensasarkan tambahan 10,000 kilometer lagi pada 2020.

Pada Julai 2011, kemalangan berhampiran Bandar Wenzhou mengorbankan 40 orang manakala 191 lagi cedera.

Sejak itu, tiada lagi kemalangan dengan skala yang sama berulang. – Agensi

Category: Dunia

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts