Kereta Bertembung Lori Di Jalan Tawau-Kalabakan

by Oh! Semput


8
SHARES
102
VIEWS
Posted on 26 Nov 2016 12:00:18

TAWAU, 26 Nov – Seorang maut, empat cedera setelah kereta Proton Iswara yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori 10 tan di Kilometer 76 Jalan Tawau-Kalabakan dekat sini, pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata dalam kejadian pada kira-kira 7.30 pagi itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Joven Dangan Delfin, 52, manakala mangsa yang cedera parah ialah Rodolfo Barita, 26 tahun.

Jalan Tawau-Kalabakan
Kemalangan Maut di Jalan Tawau-Kalabakan
Jalan Tawau-Kalabakan
Kemalangan Maut di Jalan Tawau-Kalabakan
Jalan Tawau-Kalabakan
Kemalangan Maut di Jalan Tawau-Kalabakan

Tiga mangsa yang cedera ringan ialah Gerald Rey Codillo, 26; Joviry Tactalon, 41, dan Nizam Ulah, 34, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, Proton Iswara yang dinaiki mangsa sedang dalam perjalanan dari Kalabakan menghala ke Tawau. Semua mangsa warga tempatan itu dikatakan bekerja di sebuah syarikat di Batu 12, Sandakan.

— BERNAMA


SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts