Kerana Tidak Mohon Maaf, Seorang Pelajar Institusi Pendidikan Di Pekan Cedera Akibat Dipukul Oleh Dua Pelajar senior

by Oh! Semput


8
SHARES
108
VIEWS
Posted on 05 Mar 2026 20:02:19

KUANTAN: Seorang pelajar lelaki di sebuah institusi pendidikan di Pekan cedera dipercayai akibat dipukul oleh dua pelajar senior pada Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Zaidi Mat Zin berkata, pihaknya menerima laporan kejadian melibatkan mangsa berusia 16 tahun itu pada jam 1.05 tengah hari pada Rabu.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 4 petang ketika mangsa dipanggil oleh dua pelajar senior masing-masing berusia 19 tahun ke belakang sebuah bengkel di institusi itu.

"Mangsa mendakwa dipukul dan ditolak oleh individu terbabit hingga menyebabkannya mengalami kecederaan tisu lembut pada bahagian leher, dada, lengan dan lutut,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Zaidi berkata, siasatan lanjut mendapati kejadian dipercayai berlaku akibat rasa tidak puas hati suspek terhadap mangsa yang tidak memohon maaf kepada tenaga pengajar atas kesalahan menghisap rokok elektronik di kawasan institusi pendidikan berkenaan.

Beliau berkata, polis telah merakam keterangan mangsa dan dua suspek terbabit dengan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. #SinarHarian

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts