Kerajaan Pahang Ambil Inisiatif Sediakan Kemudahan Rehat Dan Rawat Sementara Di LTU Sempena Perayaan Dan Cuti Umum

by Oh! Semput


6
SHARES
76
VIEWS
Posted on 19 Mar 2026 13:32:12

KUANTAN: Kerajaan Pahang mengambil inisiatif menyediakan kemudahan rehat dan rawat (R&R) sementara di laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) khususnya menjelang peningkatan aliran trafik sempena musim perayaan dan cuti umum.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata walaupun penyediaan kemudahan R&R pada asasnya tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri tidak mahu menunggu sehingga kemudahan kekal disiapkan sepenuhnya.

Justeru, katanya, langkah proaktif diambil untuk memastikan pengguna jalan raya tetap mendapat kemudahan asas yang selesa dan selamat sepanjang perjalanan mereka.

"Inisiatif ini adalah kesinambungan usaha yang dilaksanakan tahun lalu, dengan penambahbaikan daripada segi penyediaan kemudahan, penyelenggaraan serta tahap kebersihan.

"Sehubungan itu, kerajaan negeri mengarahkan agensi-agensi penyelenggara yang terbabit supaya memastikan semua kemudahan R&R sementara ini berada dalam keadaan baik, bersih, selamat dan berfungsi dengan sempurna sepanjang tempoh operasi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, pengguna jalan raya juga dinasihatkan menggunakan kemudahan yang disediakan dengan sebaiknya.

Katanya, amalan menjaga kebersihan, tidak membuang sampah merata-rata serta mematuhi disiplin semasa berada di kawasan R&R adalah amat penting bagi memastikan kemudahan ini dapat dimanfaatkan semua pihak dalam keadaan yang selesa.

"Kerajaan Pahang akan terus komited dalam memperkukuh penyediaan infrastruktur serta kemudahan awam demi kesejahteraan rakyat dan para pengguna jalan raya yang melalui negeri ini.

"Di kesempatan ini juga saya menasihati pengguna jalan raya agar memandu dengan berhati-hati dan selamat sampai ke destinasi masing-masing," katanya. #BeritaHarian

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts