Kerajaan Negeri Iktiraf Sumbangan Pemimpin Belia

by Oh! Semput


7
SHARES
86
VIEWS
Posted on 16 Dec 2016 08:00:21

SEMPORNA: Kerajaan Negeri sentiasa mengiktiraf peranan dan sumbangan para pemimpin belia, khasnya mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan, kekuatan rohani dan minda yang tinggi.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ariffin Arif berkata pengiktirafan itu terserlah menerusi penyediaan peruntukan yang besar kepada golongan belia di negeri ini.

“Kita memerlukan pemimpin belia yang mampu merealisasikan gagasan terbaharu Perdana Menteri iaitu Transformasi Nasional ( TN) 50,” katanya di sini, kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Seminar Meniti Dimensi Progresif dan Jati Diri Kepimpinan Komuniti Islami, Program Kepimpinan Komuniti Islam Semporna.

Program selama tiga hari itu dianjurkan Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah ( Jheains) dengan kerjasama Institut Latihan Sektor Awam Negeri Sabah (INSAN).

Ariffin berkata pada Perhimpunan Agung Umno yang lalu, Perdana Menteri memberikan penekanan, harapan mendalam serta keyakinan tinggi kepada belia.

“Justeru, golongan belia perlu bersiap-sedia melengkapkan diri masing- masing dengan ilmu pengetahuan, kekuatan rohani, minda dan sebagainya bermula sekarang,” katanya.

Menurutnya kerajaan turut menyokong program yang membantu membina modal insan dan memperlengkapkan belia dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran.

Hadir sama di program itu ialah Pengarah INSAN Sabah Sa’adilah Abdillah serta lebih 100 belia daripada pertubuhan belia, Pemuda dan Puteri Umno Semporna.


LIKE Kami Sekarang
Untuk Terus Mengikuti Berita Pantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts