by Oh! Semput
Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin merayu kerajaan mengembalikan semula sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan mengetepikan sentimen politik demi kepentingan ekonomi negara dan rakyat.
Memetik laporan daripada Utusan Malaysia, beliau menyatakan sistem percukaian sedia ada menerusi Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) masih belum mencukupi untuk menampung keperluan hasil negara.

Malah, Khairy turut mencadangkan agar nama GST ditukar kepada nama lain sekiranya kerajaan tidak mahu dilihat bercanggah dengan pendirian sebelum ini yang memansuhkan cukai tersebut.

Dalam pada itu, beliau berkata ramai peniaga sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) turut berdepan kesukaran di bawah sistem SST kerana cukai input tidak boleh dituntut semula.

Perkara tersebut disampaikan dalam Forum Rundingan Meja Bulat Nasional RIMBUNAN 2.0 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini.
: Utusan Malaysia (Mohamad Hafiz Bakri)