“Kenapa Macam Makin Teruk?” – Penjelasan Bajet RM6.5 Juta  Oleh Hannah Yeoh Baiki Taman Lembah Kiara Undang Perdebatan

by Oh! Semput


3
SHARES
45
VIEWS
Posted on 04 Jun 2026 06:32:41

Peruntukan sebanyak RM6.5 juta bagi kerja-kerja baik pulih dan naik taraf Taman Lembah Kiara, TTDI baru-baru ini menjadi perdebatan ramai selepas ada pengunjung mendakwa perubahan yang dilakukan tidak begitu ketara.

Ramai pada awalnya menyangka keseluruhan jumlah tersebut digunakan untuk mencantikkan landskap taman berkenaan. Namun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menjelaskan bahawa sebahagian besar peruntukan sebenarnya digunakan untuk membaiki infrastruktur asas taman yang sudah lama rosak.

Advertisement

Menurut Hannah, hanya sekitar RM700,000 digunakan bagi kerja-kerja landskap termasuk pembaikan laluan pejalan kaki, gazebo dan kawasan hijau.

Selebihnya pula melibatkan kerja naik taraf 233 tiang lampu, kabel bawah tanah, kemudahan elektrik, pemulihan kolam takungan serta sistem saliran bagi memastikan taman tersebut lebih selamat dan terurus untuk kegunaan orang awam.

Bagaimanapun, penjelasan mengenai pecahan bajet pembaikan taman itu yang dimuat naik di Facebook tetap mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Ada pengunjung meluahkan rasa kurang puas hati selepas berkunjung ke taman yang baru dibuka semula itu. Menurut mereka, selepas dua tahun ditutup untuk kerja naik taraf dengan bajet jutaan ringgit, perubahan yang dapat dilihat tidak begitu besar seperti yang dijangka.

Seorang netizen berkata, perubahan yang kelihatan hanya melibatkan tasik, air terjun buatan manusia dan laluan di sekitar tasik utama.

Namun, katanya, sebahagian laluan pejalan kaki yang lebih lebar hanya dinaik taraf di kawasan tertentu, manakala laluan lain masih menggunakan laluan lama yang sempit.

d

taman bukit kiara

Dalam masa sama, ada juga yang berpendapat kerja-kerja seperti sistem saliran, kolam takungan, kabel bawah tanah dan lampu mungkin tidak nampak ketara secara visual, tetapi tetap penting untuk keselamatan serta penyelenggaraan jangka panjang taman berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

TUn M
2026-06-04 13:43:08

(VIDEO) Enam Bulan Jalani Fisioterapi, Rakyat Titip Doa Lihat Keadaan Terkini Tun Dr Mahathir Mohamad

“Kenapa Macam Makin Teruk?” – Penjelasan Bajet RM6.5 Juta  Oleh Hannah Yeoh Baiki Taman Lembah Kiara Undang Perdebatan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts