Kemudahan Internet, Fasiliti NADI Boleh Digunakan Untuk BDR – Fahmi

by Oh! Semput


5
SHARES
71
VIEWS
Posted on 06 Apr 2026 07:30:20

Kemudahan Internet dan fasiliti di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) boleh dimanfaatkan untuk mereka yang terlibat dengan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR).

Memetik laporan Bernama, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata pihaknya akan menyelaraskan kesemua NADI di bandar-bandar utama yang terlibat dengan pelaksanaan dasar berkenaan agar boleh digunakan oleh komuniti setempat dan penjawat awam yang terlibat dengan dasar itu.

“Memang pada waktu ini banyak NADI dimanfaatkan untuk tujuan mesyuarat dalam talian bagi badan dan agensi seperti Amanah Ikhtiar dan lain-lain, jadi saya tidak lihat ada apa-apa halangan untuk kita perluaskan penggunaan NADI bagi tujuan BDR,” katanya.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan dasar BDR bermula 15 April, khusus untuk penjawat awam dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) selama tiga hari seminggu, bagi mengurangkan penggunaan tenaga susulan krisis tenaga global akibat konflik Asia Barat.

Bagaimanapun, Fahmi berkata pusat berkenaan akan beroperasi seperti biasa mengikut waktu pejabat.

Gambar utama: NADI Malaysia

{suggest}

Kemudahan Internet, Fasiliti NADI Boleh Digunakan Untuk BDR – Fahmi WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts