Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Putuskan Projek Hospital Maran Bernilai RM350 Juta Tidak Akan Diteruskan Buat Masa Ini

by Oh! Semput


9
SHARES
118
VIEWS
Posted on 13 May 2026 16:32:02

MARAN: Harapan penduduk untuk melihat pembinaan Hospital Maran direalisasikan dalam masa terdekat ‘terkubur’ apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memutuskan projek bernilai RM350 juta itu tidak diteruskan buat masa ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menjelaskan, KKM memilih pendekatan lebih praktikal dengan memperkukuh peranan Klinik Kesihatan (KK) Maran agar mampu berfungsi hampir setara sebuah hospital demi memenuhi keperluan lebih 120,000 penduduk daerah itu.

Ini termasuk menaikkan statusnya ke Type 4 dengan melaksanakan beberapa penambahbaikan utama termasuk perkhidmatan kecemasan 24 jam, kemudahan wad pesakit dalam enam katil serta Pusat Bersalin Kecemasan (EBC).

Menurut beliau, kadar penggunaan katil atau bed occupancy rate (BOR) di Hospital Jengka ketika ini hanya sekitar 57 peratus, manakala Hospital Sultan Haji Ahmad Shah pula mencatatkan 63 peratus.

“Apabila saya turun sendiri melihat realiti di lapangan, saya dapati penggunaan fasiliti sedia ada masih belum mencapai tahap mendesak untuk sebuah lagi hospital dibina di Maran.

“Dan kita tidak ada dasar untuk bangunkan setiap hospital daripada setiap daerah. Daerah di sini, kalau kita kata daerah Maran, sudah pun ada hospital juga,”katanya selepas lawatan kerja ke Klinik Kesihatan Maran di sini hari ini.

Dr. Dzulkefly Ahmad beramah mesra dengan kakitangan Klinik Kesihatan Maran sempena Lawatan Kerja di Klinik Kesihatan Maran di sini hari ini.

Tambah beliau, langkah tersebut selari dengan pendekatan baharu KKM yang kini lebih menumpukan kepada penjagaan kesihatan primer serta rawatan pencegahan berbanding pembangunan hospital baharu secara besar-besaran.

Ia juga selaras dengan komitmen KKM dalam memperkukuh prinsip aksesibiliti dan ekuiti kesihatan, iaitu memastikan masyarakat luar bandar dan komuniti setempat mendapat akses yang lebih saksama kepada perkhidmatan kesihatan yang komprehensif, berkualiti dan berdekatan dengan tempat tinggal mereka.

Mengulas isu peruntukan RM350 juta yang diumumkan sebelum ini, Dr Dzulkefly menjelaskan ia bukan bermaksud dana telah disalurkan sepenuhnya kepada KKM kerana setiap projek masih perlu melalui proses rundingan serta kelulusan Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan. #MalaysiaGazette

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts