“Kekalkan kemasukan ke IPTA dengan menggunakan SPM sahaja” -Akmal Saleh

by Oh! Semput


9
SHARES
119
VIEWS
Posted on 15 May 2026 17:04:57

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) perlu kekal menggunakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tanpa pengecualian kepada mana-mana pihak termasuk lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan tahfiz.

Dasar pendidikan negara tak seharusnya dilonggarkan

Menurut beliau dalam hantaran di Facebook, dasar pendidikan negara tidak seharusnya terlalu banyak dilonggarkan sehingga membuka ruang yang boleh menjejaskan sistem sedia ada.

“Kekalkan kemasukan ke IPTA dengan menggunakan SPM sahaja. Tidak kira pelajar UEC ataupun tahfiz, nak masuk IPTA wajib ambil SPM,” katanya.

Tak perlu buka banyak flood gate

Dalam pada itu, Muhamad Akmal juga berkata ramai pelajar lepasan UEC dan tahfiz sebelum ini tetap mengambil SPM bagi melayakkan diri memasuki IPTA.

“Tidak perlu kita buka lebih banyak ‘flood gate’. Dasar pendidikan negara perlu kita ikuti, bukan ditebuk sana sini.
“Sebelum ini semua kena ada SPM baru boleh masuk. Hari ini hanya perlu lulus Bahasa Melayu dan Sejarah sahaja untuk masuk IPTA,” katanya.

alt

Semalam, Kementerian Pendidikan Tinggi memaklumkan calon lepasan sekolah atau institusi tahfiz serta Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)/UEC berpeluang mengikuti program tertentu yang dikenal pasti di IPTA.

Mesyuarat Jemaah Menteri turut bersetuju bahawa calon daripada aliran berkenaan yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) serta diperakui Kementerian Pendidikan Malaysia boleh dipertimbangkan mengikuti program tertentu di IPTA.

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts