by Oh! Semput
Dakwaan transaksi berjumlah RM9.5 juta yang mengaitkan individu dikenali sebagai “R” diminta untuk ditangani berasaskan fakta dan bukan sekadar spekulasi yang tidak disokong bukti kukuh.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Altimet atau Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad menyatakan setakat ini dakwaan berkenaan masih bersifat umum tanpa pengesahan jelas.

Menurut beliau, sebarang tuduhan serius perlu disalurkan kepada pihak berkuasa bagi membolehkan siasatan dilakukan secara profesional, bebas dan menyeluruh.

Artikel lain: Fahmi Fadzil tepis dakwaan Victor Chin -“Sudah tentu bukan saya…masih pakai jam Casio”
Beliau turut menegaskan penyebaran dakwaan tanpa pengesahan boleh mengelirukan rakyat serta menjejaskan keharmonian dan reputasi institusi negara.
Tambahnya, fokus kerajaan ketika ini kekal kepada usaha memperkukuh ekonomi, menarik pelaburan dan menjaga kesejahteraan rakyat, justeru sebarang naratif tidak berasas perlu ditangani secara bijaksana berlandaskan fakta.
: Sinar Harian (Nurul Hidayah Hamid)