GSF 2.0: Keberanian luar biasa! Aktivis pulang sebagai saksi kepada dunia, bukan mangsa – Amirudin Shari

by Oh! Semput


5
SHARES
66
VIEWS
Posted on 25 May 2026 10:34:28

Ketua Delegasi GSF 2.0, Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan kepulangan aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 membawa mesej besar tentang perjuangan kemanusiaan sejagat yang tidak boleh dipadamkan.

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor berkata, misi 40 hari merentasi Laut Mediterranean itu bukan sekadar usaha menghantar bantuan ke Gaza, sebaliknya simbol keberanian dalam memecahkan kepungan terhadap wilayah berkenaan.

Katanya, pengalaman yang dilalui delegasi berkenaan selepas dipintas, diserang dan ditahan di perairan antarabangsa membuktikan berlaku pencabulan terhadap undang-undang antarabangsa serta nilai kemanusiaan sejagat.

“Namun saya percaya, mereka pulang bukan sebagai mangsa. Mereka pulang sebagai saksi kepada dunia bahawa Gaza tidak pernah bersendirian,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

alt

Beliau turut menegaskan solidariti masyarakat antarabangsa terhadap Palestin semakin meningkat, termasuk melalui demonstrasi global serta tekanan di peringkat parlimen dan institusi kehakiman antarabangsa.

Dalam pada itu, Amirudin turut mendoakan kesembuhan seorang aktivis, Razman Mat Ali yang mengalami “traumatic pneumothorax” dipercayai akibat kekerasan ketika dalam tahanan, serta menegaskan Malaysia akan terus memperhebat usaha diplomatik dan perundangan antarabangsa berhubung isu berkenaan.

alt

Katanya, perjuangan membela Palestin belum selesai dan masyarakat dunia tidak boleh terus berdiam diri terhadap kekejaman yang berlaku.

“Terima kasih kepada seluruh delegasi Sumud Nusantara atas keberanian luar biasa ini,” katanya.

Semalam, beliau menyatakan kerajaan sedia mengheret rejim Zionis ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) selepas segala maklumat dan dokumen bukti selesai dikumpulkan oleh pasukan peguam.

Katanya lagi, tindakan undang-undang tersebut diambil berikutan siri kekejaman termasuk insiden culik dan penyeksaan yang dilakukan ke atas aktivis misi kemanusiaan  GSF2.0 khususnya melibatkan peserta dari Malaysia.

alt

Berucap padaSambutan Kepulangan Aktivis GSF 2.0 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di sini, malam tadi, Amirudin berkata langkah tegas itu akan disusuli dengan tindakan berterusan pihak kerajaan dalam memberikan tekanan di peringkat diplomatik bagi mendesak pembebasan sepenuhnya wilayah Gaza.

“Kita tidak akan diam, kita tidak akan berhenti. Sementara pasukan peguam akan mengumpulkan segala maklumat dokumen pelanggaran undang-undang antarabangsa, mereka (peserta GSF) diculik bukan sekali dua kali, mereka diseksa.
“Bukan hanya itu, kita juga akan bawa ke mahkamah antarabangsa, kita akan meneruskan tekanan di peringkat diplomatik dan kita juga akan menjelajah di seluruh Malaysia,” katanya.

alt

alt

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, walaupun misi GSF 2.0 telah selesai, namun komitmen kerajaan Malaysia dan kerajaan Selangor tidak akan terhenti setakat itu bagi memastikan suara membebaskan Gaza terus bergema.

alt

alt

alt

Jelasnya, terdapat perancangan untuk membawa penganjuran konferens dan persidangan antarabangsa berkaitan Palestin ke Malaysia pada masa hadapan bagi menilai serta memperkasakan lagi perjuangan tersebut.

Ujar beliau, langkah itu juga sebagai menyahut saranan Chief de Mission Sumud Nusantara, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman yang mahu perjuangan tersebut diteruskan menerusi Misi Sumud 3.0 akan datang demi menamatkan krisis kemanusiaan di wilayah bergolak itu.

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts