Kebakaran Kereta Setiausaha MIC Tebrau Unsur Khianat

by Oh! Semput


7
SHARES
92
VIEWS
Posted on 28 Nov 2016 13:01:11

JOHOR BAHRU – Kebakaran dua buah kereta milik Setiausaha MIC Bahagian Tebrau di rumahnya di sini pada 14 Nov lepas mempunyai unsur khianat, kata Ketua Polis Polis Daerah Seri Alam, Supt Jokhiri Abd Aziz.

Beliau berkata siasatan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat mendapati kereta tersebut dibakar menggunakan kuantiti minyak petrol yang sedikit dan diisi dalam plastik.

“Ia kemudian dibakar dan dilemparkan ke kenderaan itu. Ini yang menjadi punca kebakaran,” katanya kepada Bernama.

Jokhiri berkata perbuatan itu bagaimanapun tidak disaksikan mana-mana pihak dan setakat ini polis belum membuat sebarang tangkapan.

Kejadian itu berlaku kira-kira 2.30 pagi ketika S. Mahendra dan keluarganya sedang tidur dan terkejut apabila mendengar jeritan jiran yang melihat berlaku kebakaran.

Kebakaran melibatkan kereta Hyundai Tuscon dan Toyota Vios. – BERNAMA

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts