Kaunter Pos Malaysia Tidak Lagi Terima Bungkusan Berat Melebihi 30Kg

by Oh! Semput


7
SHARES
96
VIEWS
Posted on 16 Feb 2026 07:30:21

Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) hari ini memaklumkan bahawa berat maksimum baharu bagi bungkusan yang ingin dihantar menerusi perkhidmatan mereka kini ditetapkan kepada 3okg sahaja.

Berbanding sebelum ini, berat maksimum yang dibenarkan adalah sehingga 60kg. Malah saiz bungkusan juga kini turut dikurangkan untuk penghantaran.

Pos Malaysia menyatakan, bungkusan yang melebihi had maksimum baharu ini tidak akan diproses di kaunter.

Pos Malaysia memaklumkan, penyelarasan semula had maksimum berat dan saiz bungkusan yang berkuat kuasa pada 14 Februari 2026 ini adalah bagi meningkatkan kecekapan operasi serta memastikan pengendalian bungkusan yang lebih selamat di seluruh rangkaian penghantaran mereka.

Sehubungan itu, para pelanggan dinasihatkan untuk memastikan bungkusan mereka mematuhi had baharu yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang gangguan perkhidmatan atau keperluan pengendalian tambahan.

{suggest}

Kaunter Pos Malaysia Tidak Lagi Terima Bungkusan Berat Melebihi 30Kg WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts