Seekor katak Afrika yang besar dan ganas dirakamkan memakan seekor tikus tanah sebagai hidangannya.
Dengan kulit menggerutu dan berwarna kelabu, ia cukup untuk membuatkan haiwan kecil lain takut untuk berada berhampiran dengannya.
Amfibia karnivor ini dikatakan bersifat agresif, mampu melompat setinggi 3.65 meter dan memiliki gigi yang tajam. Jika digigit, mangsa yang menjadi hidangannya akan berasa seperti terkena serpihan kaca tajam.
Penjaga Kanan Rumah Tropika di Zoo Newquay, Cornwall, Britain, Dan Garrick merupakan seorang pakar dalam memberi makan katak itu yang turut dipanggil sebagai bullfrog atau nama latinnya,Pyxicephalus adspersus itu.
“Ia merupakan katak pemangsa bersaiz besar yang duduk dan menunggu haiwan berjalan di hadapannya. Katak ini dirangsang oleh pergerakan dan akan menyambar hampir semua benda yang berada dalam jangkauannya, termasuklah tikus malang ini,” kata Dan yang berusia 30 tahun.
Mangsa akan mati akibat lemas atau terkejut sebelum dihadam. Jika mangsanya terlalu besar, ia akan memuntahkannya dan menunggu makanan yang lain.
Walaupun nampak ganas, katak ini dikatakan sebagai ibu bapa yang baik dan akan melindungi anak-anaknya daripada diganggu.
Ia gemar menjadikan serangga, tikus tanah, burung malah katak-katak lain sebagai makanannya.
Beratnya boleh mencecah dua kilogram, sepanjang 24 sentimeter dan membentuk kokun air bagi mengelakkan dirinya daripada kering akibat matahari yang terik.
Ia boleh ditemui di bahagian selatan, tengah dan timur Afrika, selain saiznya sedikit kecil berbanding katak gergasi yang hidup di Cameroon.
Pasangan selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman tampil menafikan dakwaan yang mengaitkan mereka dengan insiden keganasan fizikal terhadap seorang pembantu rumah warga Indonesia yang tular di media sosial baru-baru ini.Menerusi kenyataan yang dikeluarkan
TEMERLOH: Empat sekeluarga yang maut dalam nahas di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak sempat merakam swafoto bersama sebelum masing-masing terbabit kemalangan ngeri itu.Malah, foto yang merakam detik akhir mereka turut dikongsi Allahyarham A Halim Hasoon, 55,
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan terdapat peningkatan luar biasa kehadiran etnik Rohingya di fasiliti kesihatan kerajaan setakat ini.Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan menunjukkan ber
Kegembiraan sebuah keluarga bertukar menjadi tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam insiden di sebuah taman tema air di Sungai Buloh pada Ahad.Dalam kejadian tersebut, mangsa ditem
Dua lorong di Jalan Semabok-Bukit Katil menghala ke Semabok terpaksa ditutup sementara selepas kejadian tanah mendap yang dikesan berhampiran lampu isyarat Bukit Bayan, pagi tadi.Kejadian yang berlaku kira-kira jam 9 pagi itu melibatkan kawasan mendapan
Lelaki yang tular selepas didakwa menengking isterinya di hadapan sebuah restoran makanan segera berhampiran Lapangan Terbang Senai akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.Menerusi beberapa hantaran di Facebook, lelaki dikenali sebagai Moh
BENTONG: Beberapa pengunjung dan penduduk meluahkan kebimbangan terhadap kualiti air sungai di kawasan peranginan Janda Baik selepas mendakwa mengalami gejala cirit-birit, muntah dan demam panas secara berperingkat sejurus melakukan aktiviti mandi-manda d
KUANTAN: Dua lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori tiga tan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Benta di Kuala Lipis malam ini.Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan P
Tular di media sosial satu video memaparkan seorang lelaki yang dipercayai suami kepada pekerja sebuah rangkaian restoran makanan segera bertindak mengamuk di hadapan premis berkenaan sambil meminta isterinya pulang.Difahamkan, lelaki tersebut turut memb
Kerajaan hari ini melancarkan Tribunal bagi Antibuli yang diwujudkan di bawah Seksyen 25 Akta Antibuli 2026 bagi mengendalikan kes berkaitan salah laku buli secara khusus.Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi),