Kamil Munim tegaskan Kulasegaran wajar dikritik -“Bagaimana boleh muncul bersama OKT”

by Oh! Semput


4
SHARES
56
VIEWS
Posted on 18 Mar 2026 00:04:29

Tindakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran mengiringi aktivis Arumugam Dorasamy ke mahkamah telah mendapat perhatian dan kritikan.

Beliau Timbalan Menteri, bukan ketua biro NGO

Memetik laporan daripada Sinar Harian, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Muhammad Kamil Abdul Munim menegaskan kehadiran Kulasegaran menimbulkan persoalan kerana beliau memegang jawatan dalam kerajaan.

“Dia adalah Timbalan Menteri Undang-Undang, bukan ketua biro perundangan mana-mana punya pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
“Bagaimana anda boleh muncul bersama orang kena tuduh (OKT),” tegasnya dalam satu kenyataan.

alt

Sebelum ini, Arun, 56, hadir ke mahkamah ditemani Kulasegaran dan barisan peguamnya bagi menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan berkaitan sebuah video di aplikasi WhatsApp yang didakwa mengandungi kenyataan berbaur hasutan, dimuat naik di Instagram miliknya.

alt

Artikel lain: Kulasegaran nafi campur tangan kes, cuma singgah mahkamah sekejap bertemu Arun

Kehadiran Kulasegaran dalam prosiding itu menimbulkan persoalan mengenai peranan seorang timbalan menteri apabila berada bersama individu yang sedang berdepan pertuduhan, dan menjadikan isu ini tumpuan masyarakat serta media.

: Sinar Harian (Roskhoirah Yahya)

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts