by Oh! Semput
Datuk Seri Hamzah Zainuddin mendakwa sebahagian besar Jawatankuasa Penaja BERSATU Bahagian yang menyaksikan pengunduran ahli jawatankuasa (AJK) sebelum ini melibatkan individu yang mempunyai kaitan dengan PKR.

Memetik laporan Berita Harian, Ahli Parlimen Larut itu berkata, perkara tersebut dimaklumkan oleh rakan-rakan parti dari seluruh negara yang mengikuti perkembangan selepas pembentukan bahagian penaja dilakukan.
Menurut beliau, situasi berkenaan menimbulkan persoalan tentang hala tuju BERSATU pada masa hadapan.
Terdahulu, Hamzah berkata langkah ‘reset’ yang pernah disebutnya bermula dengan muhasabah diri dalam kalangan penyokong serta kepimpinan yang bersamanya.

Beliau menjelaskan, proses tersebut penting bagi memastikan perjuangan politik yang akan diteruskan selepas ini dibina atas asas lebih kukuh dan berlandaskan keikhlasan.
Artikel lain: Status beliau tetap sama! Hamzah masih ketua pembangkang setakat ini -Speaker Dewan Rakyat
Tambahnya, selepas usaha memperbaiki diri dilakukan, langkah untuk memperkemas kedudukan politik serta hala tuju perjuangan dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun.
: Berita Harian (Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi)