“Kalau rasa agama tak benarkan, jangan datang”- King Sing minta usah politikkan festival muzik air

by Oh! Semput


2
SHARES
32
VIEWS
Posted on 30 Apr 2026 17:04:42

Semua pihak digesa tidak mempolitikkan penganjuran Rain Rave Water Music Festival 2026 yang berlangsung dari hari ini hingga 2 Mei, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.

Menurut beliau, pendekatan mempolitikkan setiap program hanya akan menjejaskan usaha pembangunan ekonomi negara, termasuk sektor pelancongan dan peniagaan kecil.

“Jangan semua program dijadikan isu politik. Kalau begitu, bagaimana mahu membangunkan ekonomi (negara)?
“Penganjuran program seperti ini juga ada promosi makanan. Nanti boleh temuramah penjaja bagaimana dengan pendapatan yang diperoleh mereka.
“Adakah mereka senang hati dengan program kerajaan ini atau mereka marah? Boleh juga tanya rakyat,” katanya, hari ini.

alt

Tiong berkata, penganjuran festival itu yang bersempena cuti Hari Buruh bertujuan memberi ruang kepada pekerja untuk berehat dan menikmati hiburan selepas penat bekerja.

Dalam pada itu, beliau menegaskan festival berkenaan tidak sama seperti sambutan Songkran di Thailand, sebaliknya hanya sebuah acara muzik berkonsepkan air.

“Program kita bukan Songkran, cuma festival muzik berkonsepkan air. Mungkin orang nampak ada air, dia ingat Songkran,” katanya.

alt

Beliau turut menjemput orang ramai untuk hadir ke festival tersebut, namun menegaskan kepentingan menghormati sensitiviti agama di negara ini.

“Mana-mana pihak merasakan boleh datang, (silakan) datang. Kalau kita merasakan agama kita tidak bagi kelulusan atau tidak benarkan, jangan datang,” katanya.

alt

Artikel lain: “Penyertaan sukarela, tak suka jangan pergi…” – Tiong bidas pihak bantah Festival Muzik Air Rain Rave

Sementara itu, Tiong memberi jaminan aspek keselamatan pengunjung sentiasa menjadi keutamaan dengan kehadiran pihak berkuasa sepanjang program berlangsung.

“Kita sudah minta penguat kuasa (seperti) polis untuk jalankan tugas. Kalau ada yang mengambil dadah dan sebagainya, tangkaplah. Kita tiada masalah.
“Kita buat program ini untuk rakyat, jadi keselamatan pelancong dan penduduk tempatan yang hadir memang terjamin,” katanya.

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts