Kakak Pelakon Popular Ditahan, Polis Temui Syabu Dalam Beg Silang

by Oh! Semput


6
SHARES
72
VIEWS
Posted on 08 Apr 2026 10:02:41

Seorang wanita yang juga kakak kepada seorang pelakon popular ditahan polis bagi membantu siasatan selepas penemuan dadah disyaki syabu di dalam sebuah beg silang, semalam.

Suspek berusia lingkungan 50-an itu ditahan bersama seorang lagi wanita tempatan berusia 40-an dalam satu serbuan kira-kira pukul 6.45 petang di sebuah rumah di Taman Lembah Bujang Saujana, Bedong.

Advertisement

kakak pelakon terkenal

Hasil pemeriksaan di lokasi, pihak polis menemui satu balutan plastik berwarna hitam yang diikat dengan getah serta dua paket plastik lutsinar berisi bahan dipercayai syabu seberat 5.45 gram. Dadah tersebut ditemui di atas katil dalam salah sebuah bilik rumah berkenaan oleh pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kuala Muda.

Kedua-dua suspek kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk tindakan lanjut. Bagaimanapun, hasil ujian saringan air kencing mendapati mereka bebas daripada sebarang penggunaan dadah, selain tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Hanyan Ramlan mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan bahawa kedua-dua suspek direman selama dua hari bermula hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39(A)(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi membantu siasatan lanjut. – KOSMO ONLINE

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-04-08 15:37:08

"Tak Tahu Apa Yang 'Diorang' Tu Marah Sangat" - Sherry Ibrahim Kesal Dibuli Netizen Di Media Sosial

Kakak Pelakon Popular Ditahan, Polis Temui Syabu Dalam Beg Silang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts