Joseph sarung jersi Tok Gajah

by Oh! Semput


7
SHARES
87
VIEWS
Posted on 29 Nov 2016 01:00:17

Kuala Terengganu: “Jika boleh saya mahu kekal dan menamatkan karier di Terengganu, namun ia mungkin bukan rezeki saya,” kata bekas pemain Terengganu Joseph Kalang Tie yang mengesahkan akan menyarung jersi Pahang musim depan.

Joseph, 28, berkata, keputusan untuk meninggalkan skuad Penyu dan menyarung jersi Tok Gajah begitu berat untuk diputuskan.

“Namun apa boleh buat khidmat saya mungkin setakat ini saja bersama Terengganu dan saya mengucapkan terima kasih kepada pengurusan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) kerana sudi menerima saya musim ini.

“Saya berharap perpindahan ini akan menambahkan lagi pengalaman dan kemahiran saya dan seterusnya mampu memberi impak yang lebih baik kepada pasukan baharu musim depan,” katanya.

Selain Joseph, pemain Terengganu yang turut menyarung jersi skuad Tok Gajah termasuk penyerang berpengalaman Ashari Samsuddin, Zuber Azmi dan Nordin Alias serta penjaga gol nombor satu T-Team Wan Mohd Azraie Wan Teh.

Category: Sukan

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts