by Oh! Semput
Jemaah Menteri Malaysia mengecam keras kenyataan Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Nik Muhammad Zawawi Salleh yang disifatkan menghina sahabat Nabi Muhammad SAW dalam satu program ceramah politik di Kuala Terengganu, Ahad lalu.
Jurucakap Kerajaan MADANI, Fahmi Fadzil menerusi sidang media mingguan, beliau menyatakan isu berkenaan telah dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet dan tindakan tersebut sama sekali tidak boleh diterima.
Fahmi turut menyatakan kabinet menyerahkan kepada pihak berkuasa termasuk polis dan pihak berkuasa agama untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara itu.
Terdahulu, Nik Muhammad Zawawi memohon maaf dan menarik balik kenyataannya yang mengaitkan sahabat Nabi Muhammad SAW dengan istilah yang dianggap menghina dalam ceramah tersebut.

Beliau mengakui berlaku kekhilafan dalam pengolahan maklumat serta penyampaian sehingga mencetuskan kontroversi dan menyinggung perasaan pelbagai pihak.
: Facebook Fahmi Fadzil