by Oh! Semput
Anak kepada usahawan dan figura media sosial, Noor Nabila Mohd Noor, 41, Jebat Jayden mencuri tumpuan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini.

Screenshot
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Nabila berkongsi momen anak tunggalnya itu mengira duit raya yang diterima sepanjang hampir seminggu menyambut leabaran.

Screenshot
Dalam pada itu, dia juga turut berkongsi momen lucu apabila anaknya mendakwa menerima duit raya daripada mak ciknya, usahawan Neelofa setelah membuka salah satu sampul keluaran jenama fesyen muslimah popular, Naelofar.
Bagaimanapun, difahamkan wang itu akan disimpan oleh ibunya memandangkan usia Jyaden yang masih muda dan bimbang wang itu akan hilang sekiranya disimpan sendiri.

Screenshot
Meninjau ke ruangan komen, netizen turut meneka keseluruhan duit raya yang diterima oleh anak kepada pelakon Sharnaaz Ahmad itu dan ada yang mengatakan ia bernilai lebih daripada RM18k.



Screenshot
Artikel lain: Jebat Jayden berlatih tinju, netizen tinggalkan komen – “Pastikan jangan 38 saat”
Terdahulu, Jebat Jayden mencuri perhatian warganet setelah menjalani sesi latihan tinju bersama pelakon filem Blood Brothers, Andy Teh.
Andy memuat naik video dan beberapa keping gambar memaparkan dua beranak itu aktif berlatih seni mempertahankan diri dalam gelanggang yang sama.