Jawapan Terhadap Tuduhan Shafie Apdal

by Oh! Semput


7
SHARES
86
VIEWS
Posted on 26 Nov 2016 14:00:17

Dakwaan 1: Datuk Seri Shafie Apdal berkata adalah mustahil untuk YAB Datuk Seri Panglima Musa Aman tidak tahu tentang projek-projek NKRA Pembangunan Luar Bandar yang dilaksanakan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Jawapan 1: KKLW yang di terajui oleh bekas menteri DS Shafie Apdal memang telah lama berkerja secara silo di Negeri Sabah. Pada waktu itu juga, KKLW menubuhkan Pejabat Cawangan Negeri (PCN) KKLW di Kota Kinabalu. Dengan mewujudkan PCN KKLW di Sabah, ini jelas menunjukkan keengganan KKLW untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sabah, sedangkan Kerajaan Negeri Sabah mempunyai Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah yang tersendiri. Keengganan KKLW untuk bekerjasama dengan KPLB bermula semenjak DS Shafie Apdal mengambil alih kuasa di KKLW.

Sebagai contoh, KKLW hanya berurusan secara langsung dengan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) semasa menjalankan projek-projek NKRA Bekalan Air Luar Bandar (BALB). KKLW hanya menjemput wakil daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Sabah hanya sebagai pemantau . UPEN Sabah tidak mempunyai kuasa untuk masuk campur tangan dalam sebarang hal-ehwal projek NKRA BALB.

Dakwaan 2: DS Shafie Apdal – Satu Mesyuarat “Task Force” yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri telah ditubuhkan untuk meneliti projek-projek NKRA Pembangunan Luar Bandar pada masa itu. Kami membincangkan banyak isu-isu yang telah dibentangkan. Jadi, jika DS Musa berkata, beliau tidak tahu apa pun mengenai perkara ini ia adalah satu pembohongan. ”

Jawapan 2: Mesyuarat “Task Force” itu diberi nama “Delivery Task Force (DTF) Meeting” bagi inisiatif-inisiatif NKRA dan dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri. Kami difahamkan beberapa mesyuarat terakhir DTF dipengerusikan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin. Mesyuarat DTF biasanya diadakan di Parlimen. Menteri-menteri yang dijemput untuk menghadiri Mesyuarat DTF NKRA Pembangunan Luar Bandar termasuk YAB TPM, YB Menteri KKLW, dan YB Menteri PEMANDU sahaja.

YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman tidak pernah dijemput untuk membincangkan perkembangan mengenai projek-projek NKRA Pembangunan Luar Bandar. Mesyuarat DTF NKRA Pembangunan Luar Bandar ini difahamkan tidak diadakan secara kerap. Ia sepatutnya diadakan setiap suku tahun tetapi mesyuarat itu hanya diadakan beberapa kali semenjak 4 tahun lepas. Seperti yang dinyatakan oleh DS Shafie Apdal, sebab mengapa mesyuarat DTF ini ditubuhkan adalah untuk menyelesaikan masalah tertentu yang timbul daripada projek-projek NKRA Pembangunan Luar Bandar. Walau bagaimanapun jarang ada apa-apa masalah besar yang dilaporkan oleh KKLW, dan oleh yang sedemikian mesyuarat DTF itu jarang diadakan.

Dakwaan 3: DS Shafie Apdal berkata kerajaan Sabah juga telah menubuhkan Jawatankuasa One Stop Agency (OSA) untuk membantu menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan pelaksanaan projek. “Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, yang melaporkan terus kepada Ketua Menteri Sabah. Jangan beritahu saya DS Musa tidak tahu ini. Ia adalah mustahil bahawa Ketua Menteri Sabah tidak mempunyai apa-apa maklumat mengenai projek-projek NKRA Pembangunan Luar Bandar di Sabah. ”

Jawapan 3: Kerajaan Negeri Sabah maklum berkenaan Jawatankuasa One Stop Agency (OSA) yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri. Namun begitu, KKLW di bawah bekas Menteri DS Shafie Apdal tidak menyediakan laporan penuh berkaitan kesemua senarai serta perkembangan projek NKRA Luar Bandar. Malah, kerajaan negeri juga tidak mempunyai sebarang kuasa ke atas semua projek KKLW NKRA Pembangunan Luar Bandar.

Dakwaan 4: DS Shafie Apdal menegaskan bahawa andaikata ia adalah benar bahawa Musa tidak tahu ini (Mesyuarat OSA), tetapi PEMANDU juga menerbitkan laporan tahunan mengenai pelaksanaan projek dan menghantarnya kepada ketua menteri dan ketua-ketua jabatan untuk maklumat mereka.

Jawapan 4: Pertama, Laporan Tahunan PEMANDU tidak menyenaraikan kesemua projek dilaksanakan dan disiapkan dalam Laporan Tahunan mereka. Bagi NKRA Pembangunan Luar Bandar, PEMANDU hanya melaporkan beberapa projek cemerlang yang dicadangkan oleh KKLW setiap tahun. Kedua, PEMANDU tidak menghantar laporan tahunan mereka kepada Pejabat Ketua Menteri dan Ketua-ketua Jabatan untuk maklumat mereka.

Kenyataan palsu 1: DS Shafie Apdal berkata, kerajaan negeri telah diberi taklimat mengenai semua projek, serta pelaksanaannya.

Fakta benar: Pada hakikatnya, Kerajaan Negeri sama ada melalui Pejabat Ketua Menteri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri atau Unit Perancang Ekonomi Negeri, tidak pernah diberikan laporan bulanan atau tahunan untuk projek-projek KKLW NKRA dan Projek Pembangunan Luar Bandar NKRA yang dijalankan di Negeri Sabah. KKLW bekerja secara langsung dengan agensi-agensi (JANS, JKR dan SESB) dan kontraktor yang terlibat tanpa memaklumkan Kerajan Negeri melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri ataupun UPEN Sabah segala maklumat penuh dan kemajuan Projek NKRA Pembangunan Luar Bandar yang di jalankan di Negeri Sabah.

Kesimpulan: Andai kata, KKLW yang pada waktu itu di terajui oleh bekas menteri DS Shafie Apdal melaporkan sebarang masalah projek NKRA Pembangunan Luar Bandar kepada Kerajaan Negeri Sabah, saya pasti Kerajaan Negeri Sabah akan melakukan segalanya dengan menggunakan kuasa yang ada pada kerajaan negeri untuk membantu menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dan akan membawa perkara ini ke peringkat tertinggi seperti ke peringkat YAB Ketua Menteri Sabah.

Mohd Joh Bin Hj Wid
Setiausaha Politik
Kementerian Kewangan Sabah

Allegation 1: Datuk Seri Shafie Apdal stated it’s impossible for Musa to be unaware of NKRA Rural Development projects.

Answer: Datuk Seri Shafie Apdal KKLW works in Silo in Sabah. KKLW had even established its own Pejabat Cawangan Negeri (PCN) in Sabah. By establishing KKLW PCN Negeri, it shows how reluctant KKLW willingness to work together with Sabah Government, even do, the State Government has its own Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah. KKLW reluctances on working together with KPLB have been well documented since Datuk Seri Shafie Apdal took over KKLW.

For example KKLW had dealt directly with Sabah Water Department (SWD), when carrying out Rural Water projects in Sabah. KKLW only invited representative from Economics Planning Unit (EPU) Sabah but only as an observer. EPU Sabah doesn’t have the authority to intervene on any particular matters.

Allegation 2: Datuk Seri Shafie Apdal – “A task force chaired by TPM was formed to look into projects at the time. We discussed a lot of issues that we raised. So if Musa says he had no idea whatsoever on this matter it’s a lie.”

Answer: The task force was called Delivery Task Force (DTF) meeting for the NKRA Initiatives and was chaired by Deputy Prime Minister of Malaysia. The last couple of DTF Meetings was chaired by YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin. The DTF meeting was usually held in Parliament. The Ministers invitees for NKRA Rural Development DTF meeting included YAB TPM, the KKLW Minister, and the PEMANDU Minister only. YAB Datuk Seri Musa Haji Aman was never invited to discuss on the NKRA Rural Developments projects.

The task force was not held regularly. It was supposed to be held once a month or every quarterly but the meeting was only held couple of times for the last 4 years. As mention by Datuk Seri Shafie Apdal, the reason why DTF meeting was established is to resolve any particular problems arise from NKRA Rural Development projects. But there was never any major problems reported by KKLW so the meeting was rarely held.

Allegation 3: Datuk Seri Shafie Apdal said the Sabah government also established the one stop agency (OSA) committee to help resolve issues related to the implementation of the projects. “The committee is chaired by the Sabah state secretary, who reports directly to the Sabah chief minister. Don’t tell me Musa didn’t know this. It’s impossible that the Sabah chief minister had no information about the NKRA projects in Sabah.”

Answer: The State Government of Sabah acknowledged the One Stop Agency (OSA) committee meeting chaired by the State Secretary of Sabah but Datuk Seri Shafie Apdal KKLW doesn’t provide a full report on the complete project list and the State has no authority on Datuk Seri Apdal KKLW NKRA Rural Developments projects.

Allegations 4: Datuk Seri Shafie Apdal quipped that even if it was true that Musa didn’t know this (OSA Meeting), Pemandu publishes an annual report on project implementation and sends it to the chief minister and heads of the departments for their information.

Answer: Firstly, PEMANDU Annual Report doesn’t list down all of the projects implemented and completed in their Annual Report. PEMANDU only highlighted the project achievements that were suggested by Datuk Seri Shafie Apdal Ministry. Secondly, PEMANDU doesn’t not send their annual report to the Chief Minister Office and Heads of Departments for their information.

False Statement 1 : Datuk Seri Shafie Apdal said the state government was briefed on all the projects, as well as their implementation.

True Fact: But the truth is, the State Government either by Chief Minister Office, State Secretary Office or State Economics Planning Unit was not brief monthly or even annually on all of the NKRA Rural Development Projects by KKLW. KKLW works directly with the agencies (JANS, JKR and SESB) and contractors involved without informing the Main State Authorities (State Secretary Office or EPU Sabah) on the full NKRA RD Projects information and progress.

Conclusion: If Datuk Seri Shafie Apdal KKLW highlighted his NRKA Rural Development project problems earlier to the Sabah State Government, we are sure the State Government will do everything in their power to mitigate the solution and bring this matter to the highest level such as the Chief Minister of Sabah to help resolve the problem.

Mohd Joh Bin Hj Wid
Political Secretary
Ministry of Finance Sabah

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts