Jasad pertama pendaki M'sia hilang di Iran ditemui

by Oh! Semput


5
SHARES
62
VIEWS
Posted on 28 Nov 2016 11:00:56

KUALA LUMPUR: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sebentar tadi menemui satu jasad dipercayai seorang daripada dua pendaki Malaysia yang hilang di Gunung Damavand, Iran sejak 20 November lalu.

Ketua Ekspedisi, Rozaimi Mohd Said, berkata pasukan SAR menemui jasad itu memakai jaket merah, seluar hitam dan but mendaki.

Katanya, pasukan berkenaan bagaimanapun belum mengesahkan identiti jasad yang ditemui itu.

“Kira-kira 200 meter daripada jasad pertama, pasukan itu melihat satu objek berwarna gelap yang belum dapat dipastikan sama ada manusia atau bukan.

“Mereka (SAR) dalam perjalanan ke arah objek berkenaan dan Insya-Allah akan sampai dalam masa sejam dari sekarang,” katanya ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp sebentar tadi.

Syed Redzuan Syed Salim Shatri, 50, dan Ramli Abd Majid, 44, disahkan hilang di gunung itu setinggi 5,610 meter selepas terpisah daripada anggota kumpulan pendaki yang lain.

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts