“Jangan Kata Kami Tak Berjuang Kalau Anda Tak Pernah Rasa Hidup Di Arakan” – Aktivis Rohingya Di Kanada Nafi Pelarian Ingin ‘Rampas’ Malaysia

by Oh! Semput


3
SHARES
45
VIEWS
Posted on 04 Jun 2026 06:32:37

Nama aktivis hak asasi manusia etnik Rohingya, Yasmin Ullah kembali menjadi perhatian di Malaysia selepas beliau tampil menafikan dakwaan palsu yang tular mengenai komuniti pelarian Rohingya.

Yasmin yang kini menetap di Kanada merupakan seorang penulis, penyair serta pengasas dan Pengarah Eksekutif Rohingya Maìyafuìnor Collaborative Network, iaitu organisasi kebajikan yang dipimpin wanita dan pelarian Rohingya bagi melindungi serta memulihkan komuniti mereka.

Advertisement

yasmin ullaj

Menerusi kenyataan yang tular, Yasmin menegaskan bahawa pelarian Rohingya tidak pernah berniat untuk menuntut tanah atau hak istimewa di Malaysia, sebaliknya mereka hanya mahu pulang ke tanah air sendiri.

Beliau turut menyifatkan naratif yang mendakwa pelarian Rohingya mahu menuntut hak di Malaysia sebagai maklumat palsu yang sengaja direka untuk memburukkan komuniti pelarian.

Tambah Yasmin, ada pihak yang terlalu mudah menilai penderitaan pelarian tanpa memahami realiti sebenar yang berlaku di Arakan, termasuk konflik, serangan dan penindasan yang dihadapi oleh komuniti Rohingya.

“Sesetengah orang terlalu jauh daripada realiti tentang genosid,” ujarnya.

Isu tersebut sebelum ini menjadi perhatian selepas beberapa dakwaan mengenai pelarian Rohingya tular di media sosial dan mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen Malaysia.

Perkara tersebut kemudiannya turut menjadi perdebatan rakyat Malaysia yang rata-ratanya beranggapan bahawa aktivis itu tidak berada di Malaysia untuk memahami konteks dan konflik  sebenarnya yang berlaku pada ketika ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

mekyun
2026-06-03 16:16:50

"Macam Mana Orang Boleh Kencing, 'Wipe' Pakai Tisu Sahaja?" - Mekyun

“Jangan Kata Kami Tak Berjuang Kalau Anda Tak Pernah Rasa Hidup Di Arakan” – Aktivis Rohingya Di Kanada Nafi Pelarian Ingin ‘Rampas’ Malaysia first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts