Jangan bangga tayang makan dalam live, saya hamil pun usaha puasa – Kieda Crepe

by Oh! Semput


6
SHARES
72
VIEWS
Posted on 26 Feb 2026 17:05:10

Usahawan Kieda Crepe tampil membuat teguran ekoran tindakan segelintir umat Islam yang bangga menayang dosa secara terang-terangan.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Kieda atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra menegur umat Islam yang tidak berpuasa pada bulan Ramadan selain dilihat seolah-olah membuka aib sendiri di media sosial.

Jangan bangga tayang makan

Kieda dalam masa sama mempersoalkan soal maruah lelaki dan wanita yang sanggup mempamerkan sikap sedemikian lebih-lebih lagi ketika berada dalam bulan yang penuh keberkatan.

“Tak puasa tak mengapa, itu hak anda. Kadang mungkin sebab sakit atau datang bulan. Tapi jangan la seronok tunjuk. Jangan la bangga tayang dalam live. Jangan buat live dan rakam muat naik aib video kawan.
“Mana maruah kita sebagai seorang perempuan? Mana maruah kita sebagai lelaki yang akan jadi ketua keluarga?” kata Kieda.

alt

Artikel lain: Kieda Crepe bersyukur kakak selamat melahirkan, timang cahaya mata perempuan

Dalam masa yang sama, Kieda mengakui dia berasa berang apabila mengenangkan dirinya yang sedang hamil tetapi masih mampu berpuasa penuh tanpa culas.

“Emosi la. Kita perut besar pun usaha puasa, tak berbuka sampai hari ini sebab sayangkan puasa. Bulan Ramadan setahun sebulan saja. Hormat la,” tambahnya.

alt

Imbas kembali, beberapa video tular di media sosial yang menunjukkan umat Islam tidak berpuasa secara terang-terangan semasa bersiaran langsung.

alt alt

Hal itu mencetuskan amarah di kalangan netizen yang menyifatkan tindakan golongan seperti itu tidak menghormati bulan Ramadan.

: Threads kiedx_

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts