MR D.I.Y. Jalin Kerjasama Ceburi Bidang Robotik Dalam Sektor Runcit

by Oh! Semput


8
SHARES
102
VIEWS
Posted on 03 Feb 2026 07:30:21

MR. ROBOT, unit teknologi runcit di bawah MR D.I.Y. International, mengumumkan kerjasama strategik dengan AgiBot, peneraju global dalam robotik pintar.

Perjanjian ini bagi meneroka dan membangunkan penyelesaian robotik pintar dalam sektor runcit untuk pelaksanaan berskala besar di peringkat antarabangsa.

Menerusi kerjasama ini, MR. ROBOT akan menerajui reka bentuk, integrasi dan pengujian penyelesaian robotik yang disesuaikan khusus untuk persekitaran runcit, dengan rangkaian runcit serantau MR D.I.Y. International berfungsi sebagai platform utama bagi projek perintis dan pelaksanaan berperingkat.

Fokus  kerjasama ini termasuk pengurusan inventori, operasi kedai, penglibatan pelanggan dan pengoptimuman rantaian bekalan.

Kerjasama ini bakal mewujudkan penanda aras yang boleh diguna pakai bagi robotik runcit pintar di pasaran antarabangsa.

Gabungan kepakaran AgiBot dalam AI dan robotik bersama pengalaman MR. ROBOT dalam automasi runcit dijangka menghasilkan penanda aras baharu bagi transformasi runcit pintar.

Inisiatif ini juga sekali gus meletakkan MR D.I.Y. International di barisan hadapan inovasi runcit global.

{suggest}

MR D.I.Y. Jalin Kerjasama Ceburi Bidang Robotik Dalam Sektor Runcit WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts