by Oh! Semput
Balu pelakon Allahyarham Along Eyzendy, Hamidah Mohd Yatim, sebak berkongsi pesanan terakhir suaminya yang sentiasa mengingatkan beliau supaya kuat demi diri sendiri dan anak-anak.

Memetik laporan daripada Harian Metro, Hamidah menyatakan, allahyarham sering mengingatkan perkara itu setiap kali mahu keluar bekerja atau ke luar kawasan, sebagai penguat semangat bahawa hidup perlu diteruskan walau tanpa kehadirannya.

Allahyarham Along Eyzendy, 47, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cahaya Masai, Pasir Gudang, Johor pada jam 9.30 pagi.
Hamidah menambah, bahawa dirinya akan sabar dan kuat demi anak-anak sama seperti yang dipesan oleh allahyarham suaminya.

Artikel lain: Along Eyzendy terpaksa ditidurkan, kini di ICU – “Semalam, doktor sudah menebuk pundi hempedu..”
Terdahulu, arwah dimasukkan ke wad Hospital Sultan Idris Shah (HSIS) Serdang pada Jumaat minggu lalu akibat demam dan batuk berpanjangan, sebelum doktor mengesyaki terdapat jangkitan kuman pada stent di saluran hempedu.
Along menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga pada jam 12.16 tengah malam selepas ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSIS.
Hamidah turut mendedahkan bahawa arwah pernah mengalami masalah buah pinggang pada 2019 dan menjalani pembedahan pada 15 April 2021 selepas menerima buah pinggang yang didermakan sendiri oleh Hamidah.
: Harian Metro (Norhayati Nordin)