Isteri Ke-3 Bekas Panglima Tentera Darat Jalani Prosedur Buang Bisul Kronik Esok

by Oh! Semput


8
SHARES
101
VIEWS
Posted on 26 Jan 2026 06:32:38

Isteri ketiga kepada bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Salwani Anuar atau Salwani Anuar @ Kamaruddin, 27, yang dilaporkan mengalami bisul kronik pada bahagian paha, akan menjalani prosedur pembedahan bagi membuang bisul berkenaan dalam masa terdekat, memetik Kosmo Online.

Peguam tertuduh, Fahmi Abd. Moin, memaklumkan anak guamnya dijangka menjalani prosedur tersebut sama ada esok atau lusa.

Advertisement

prosedur buang bisul

“Beliau (Salwani) sedang mengalami masalah bisul dan akan pulang ke Kuala Lumpur untuk menjalani prosedur membuang bisul tersebut,” katanya kepada pemberita di pekarangan mahkamah di sini semalam.

Terdahulu, Salwani dilaporkan tiba di Mahkamah Sesyen di sini pada pukul 8.25 pagi dengan memandu sendiri sebelum dipimpin memasuki pekarangan mahkamah dan seterusnya ke kamar mahkamah dengan menggunakan kerusi roda.

Bagaimanapun, semasa prosiding berlangsung, tertuduh dilihat bangun sendiri dan berjalan menuju ke kamar tertuduh sebelum duduk di kerusi bagi mendengar pertuduhan dibacakan ke atasnya.

Dalam prosiding sama, Salwani sekali lagi mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5,000 yang dimasukkan ke dalam akaun miliknya di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Kes berkenaan masih dalam peringkat sebutan dan prosiding lanjut akan ditetapkan oleh mahkamah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

isteri ketiga bekas ptd
2026-01-22 10:58:03

Hadir Ke Mahkamah Naik 'Wheelchair', Isteri Ketiga Bekas PTD Didakwa Terima Wang Haram RM77,000

Isteri Ke-3 Bekas Panglima Tentera Darat Jalani Prosedur Buang Bisul Kronik Esok first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts