Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu Jana Video AI Perdaya Orang Ramai Gunakan Wajah Al-Sultan Abdullah

by Oh! Semput


8
SHARES
108
VIEWS
Posted on 23 Feb 2026 16:32:07

KUANTAN: Istana Pahang menafikan dakwaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menawarkan bantuan wang kerajaan kepada orang ramai menerusi media sosial.

Menerusi hantaran Facebook Kesultanan Pahang, Istana Pahang memaklumkan sudah mengesan kembali penularan beberapa klip video palsu yang dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang memaparkan wajah menyerupai Al-Sultan Abdullah dan didakwa menawarkan tawaran bantuan kepada rakyat.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan video berkenaan, tidak mempercayai sebarang pautan atau maklumat yang terkandung dalam video tersebut serta melaporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya menerima kandungan mencurigakan.

"Istana Pahang ingin menegaskan bahawa video tersebut adalah tidak benar dan tidak sahih. Ia adalah penyalahgunaan imej Sultan Pahang bagi tujuan penipuan dan memperdaya orang ramai," menerusi hantaran itu.

Menurut hantaran itu, Istana Pahang menegaskan bahawa baginda tidak mempunyai sebarang akaun media sosial dan semua aktiviti atau titah secara langsung hanya disiarkan melalui platform media sosial Kesultanan Pahang dan di Facebook hanya satu akaun sah Kesultanan Pahang dengan memiliki kira-kira 758,000 orang pengikut ketika ini.

"Manakala di platform media sosial lain seperti instagram, TikTok dan Youtube hanya menggunakan nama Kesultanan Pahang manakala portal rasmi Istana Pahang ialah istanapahang.my," menerusi hantaran itu. #BeritaHarian

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts