iPhone Kini Sokong Google Live Translate Untuk Semua Fon Kepala

by Oh! Semput


5
SHARES
59
VIEWS
Posted on 31 Mar 2026 04:00:19

Sebelum ini, Apple telah pun memperkenalkan Live Translation tapi ia hanya berfungsi dalam ekosistem Apple menerusi barisan produk mereka termasuklah AirPods 4 (ANC), AirPods Pro 2/3, iPhone 15 Pro ke atas, iOS 26+, berserta dengan Apple Intelligence yang diaktifkan.

Tetapi kini, Google melancarkan Live Translate yang lebih fleksibel, menyokong sebarang fon kepala yang bersambung dengan iPhone untuk terjemah ke lebih 70 bahasa secara masa nyata.

Ciri ini memberi manfaat besar kepada pelancong khususnya seperti memahami pengumuman kereta api, bertanya soalan penduduk tempatan dan lain-lain.

Google turut mengumumkan penawaran ciri ini lebih luas ke negara seperti Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Sepanyol, Thailand dan U.K.

Pengguna iOS boleh mencuba sendiri dengan membuka aplikasi Translate, pilih Live translate, dan sambungkan fon kepala.

{suggest}

iPhone Kini Sokong Google Live Translate Untuk Semua Fon Kepala WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts