TP-Link Integrasikan Rangkaian Omada Ke Kampus USIM

by Oh! Semput


4
SHARES
48
VIEWS
Posted on 11 May 2026 07:30:20

TP-Link Distribution Malaysia Sdn. Bhd. (“TP-Link Malaysia”) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk tempoh tiga tahun, bertujuan memperluaskan strategi pembangunan bakat rangkaian perusahaan di Malaysia.

Sebelum ini TP-Link juga telah pun menjalin kerjasama  termasuk Universiti Malaya dan Universiti Teknologi MARA untuk pembangunan bakat.

MoU ini turut memfokuskan integrasi keupayaan rangkaian perusahaan secara terus ke dalam persekitaran akademik USIM.

TP-Link akan menggunakan penyelesaian rangkaian Omada di makmal kampus USIM, membolehkan pelajar bekerja menggunakan infrastruktur melangkaui pendedahan teori, menggabungkan latihan teknikal praktikal, bengkel berstruktur, dan laluan pensijilan Omada Certified Network Administrator (OCNA).

Sekali gus memastikan graduan USIM memiliki kompetensi yang disahkan dan diiktiraf industri.

Sebagai komponen utama, pelajar USIM akan ditawarkan latihan industri dan penempatan latihan amali dengan TP-Link, memberikan pendedahan praktikal dan laluan jelas ke dalam pekerjaan dalam ekonomi digital Malaysia.

{suggest}

TP-Link Integrasikan Rangkaian Omada Ke Kampus USIM WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts