Indeks Perpaduan Nasional (IPNas), Kerajaan Negeri Pahang Komited Perkukuh Perpaduan, Pelihara Keharmonian

by Oh! Semput


7
SHARES
89
VIEWS
Posted on 27 Feb 2026 23:31:57


KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Pahang akan terus komited memperkukuhkan perpaduan dan memelihara keharmonian, kata Menteri Besarnya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Wan Rosdy yang juga Naib Presiden UMNO berkata, kejayaan Negeri Pahang merekodkan skor tertinggi Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) 2025 mencerminkan kesepaduan rakyat berbilang kaum dan agama di negeri tersebut.

Alhamdulillah, Pahang telah merekodkan skor tertinggi (IPNas) 2025 dengan catatan 0.817, sekali gus muncul sebagai negeri paling kukuh dari segi perpaduan dan keharmonian rakyat di Malaysia.

“Pencapaian ini bukan sekadar angka, tetapi mencerminkan kesepaduan rakyat berbilang kaum dan agama, hasil tadbir urus berteraskan keadilan, ketelusan serta pembangunan yang seimbang demi kesejahteraan bersama,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berpandangan bahawa semangat kebersamaan, saling menghormati yang tinggi menjadi kekuatan Negeri Pahang.

“Syabas dan terima kasih kepada seluruh rakyat Pahang. Inilah bukti bahawa semangat kebersamaan, saling menghormati dan rasa kekitaan yang tinggi terus menjadi kekuatan negeri ini.

“Insya-Allah, Kerajaan Negeri Pahang akan terus komited memperkukuh perpaduan, memelihara keharmonian dan memastikan pembangunan negeri ini dapat dinikmati oleh semua,” katanya lagi.

IPNas merupakan instrumen yang dibangunkan oleh Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) bagi mengukur tahap perpaduan dan keharmonian rakyat di negara ini secara menyeluruh.

Indeks ini menilai beberapa dimensi utama termasuk tahap kesepaduan sosial, penerimaan antara kaum, kepercayaan dan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat berbilang latar belakang.

Bagi tahun 2025, Negeri Pahang mencatatkan skor tertinggi IPNas iaitu 0.817, sekaligus meletakkan negeri tersebut sebagai yang paling kukuh dari segi perpaduan dan keharmonian rakyat di Malaysia. #UMNOnline

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts