AWS Iktiraf Fakulti Sains Komputer Dan Teknologi Maklumat, UTHM

by Oh! Semput


5
SHARES
69
VIEWS
Posted on 25 May 2026 11:00:23

Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah diiktiraf sebagai AWS Academy Member Institution.

Pengiktirafan ini sekali gus merupakan satu pencapaian penting dalam memperkukuh kepakaran teknologi awan graduan universiti awam tempatan.

Dengan pengiktirafan ini, pelajar UTHM berpeluang mengakses silibus pengkomputeran awan berstandard industri daripada Amazon Web Services (AWS) yang akan meningkatkan kebolehpasaran mereka di peringkat global.

Usaha ini digerakkan oleh Jabatan Keselamatan Maklumat dan Teknologi Web yang memastikan kurikulum memenuhi piawaian ketat AWS.

Sebelum ini, pelajar UTHM turut meraih Anugerah AI Program AWS Malaysia, mengukuhkan reputasi fakulti itu sebagai peneraju inovasi digital.

Dekan FSKTM, Prof. Ts. Dr. Mohd Farhan Md. Fudzee menegaskan kerjasama strategik ini akan memacu fakulti ke tahap lebih tinggi.

“Kerjasama strategik dengan AWS dan kecemerlangan berterusan pelajar ini diharap akan terus menjadi pemangkin buat FSKTM untuk kekal unggul sebagai peneraju utama bidang teknologi digital, bukan sahaja di peringkat nasional, malah melangkah jauh ke persada antarabangsa,”

{suggest}

AWS Iktiraf Fakulti Sains Komputer Dan Teknologi Maklumat, UTHM WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts