PM Hulurkan Sumbangan Kewangan Kepada 74 Masjid, Surau Di Parlimen Indera Mahkota Dan Kuantan Sempena Program Ihya Ramadan

by Oh! Semput


7
SHARES
97
VIEWS
Posted on 20 Feb 2026 20:02:08


KUANTAN: Sebanyak 74 masjid dan surau kebenaran Jumaat di Parlimen Indera Mahkota dan Kuantan menerima sumbangan kewangan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena program Ihya Ramadan Parlimen Indera Mahkota & Kuantan 2026/1447H yang berlangsung di Masjid Taman Balok Makmur, hari ini.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi dalam satu hantaran di media sosialnya berkata daripada jumlah itu, 45 masjid dan surau kebenaran Jumaat di Parlimen Indera Mahkota menerima sumbangan, manakala 29 lagi di Parlimen Kuantan turut menerima bantuan sama.

Menerusi inisiatif berkenaan, setiap masjid menerima sumbangan sebanyak RM5,000, manakala surau menerima RM3,000 bagi menyokong pelaksanaan program sepanjang bulan Ramadan.

“Dalam kesempatan ini, saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas keprihatinan beliau menyalurkan peruntukan ini melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri bagi menyantuni keperluan institusi masjid dan surau di kawasan ini,” katanya yang menyampaikan sumbangan tersebut pada program itu.

Beliau berharap sumbangan berkenaan dapat melancarkan kelangsungan program yang dirancang sepanjang bulan Ramadan.

Program tersebut turut diserikan dengan tazkirah ringkas oleh Ustaz Uwais Al-Qarni yang menyentuh mengenai kemuliaan dan kelebihan bulan Ramadan, selain mengingatkan tentang keamanan yang dikecapi selama ini. #AstroAwani

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts