HUAWEI WATCH Ultimate 2 Tiba Di Malaysia Pada Harga RM3,999

by Oh! Semput


6
SHARES
84
VIEWS
Posted on 13 Mar 2026 04:00:26

HUAWEI WATCH Ultimate 2, jam pintar premium terbaru untuk ketahanan ekstrem dan prestasi sukan kini tiba di Malaysia.

Ia hadir dengan kerangka logam cecair berasaskan zirkonium serta bahagian belakang seramik nanokristal, menjadikannya kukuh dan bergaya premium.

Skrin AMOLED LTPO 2.0 bersaiz 1.5 inci menawarkan resolusi 466 × 466 piksel dengan kecerahan puncak 3500 nits, memberikan paparan jelas walau di bawah cahaya matahari.

Jam ini dilengkapi pelbagai sensor termasuklah ECG, pengesan suhu, barometer dan sensor kedalaman.

Ia juga menyokong kalis air sehingga 20 ATM, menerima penarafan IP68, IP69 serta mampu digunakan untuk menyelam sehingga 150 meter.

Dari segi bateri, ia mampu bertahan sehingga 11 hari dalam mod penjimatan, manakala penggunaan biasa sekitar 4.5 hari.

Selain itu, ia menyokong sambungan Bluetooth 5.2, Wi-Fi 6, GNSS dan Nearlink.

Versi terbaharu ini turut menambah ciri khusus untuk sukan golf bagi memberikan penjejakan sukan yang lebih pintar di padang.

HUAWEI WATCH Ultimate 2 turut hadir dalam pilihan berwarna hijau.

HUAWEI WATCH Ultimate 2 dijual pada harga RM3,999 dan ditawarkan bersama hadiah percuma bernilai sehingga RM402, termasuk perlindungan Huawei Care⁺ selama dua tahun serta keahlian Huawei Health⁺ selama tiga bulan.

Beli HUAWEI WATCH Ultimate 2 dari stor rasmi:

HUAWEI WATCH Ultimate 2 Tiba Di Malaysia Pada Harga RM3,999 WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts