HUAWEI nova 15 Max Kini Tiba Di Malaysia – Bateri 8,500mAh, Harga RM1,699

by Oh! Semput


4
SHARES
46
VIEWS
Posted on 04 Jun 2026 04:00:20

Huawei kini melancarkan HUAWEI nova 15 Max di Malaysia sebagai telefon pintar baharu dalam siri nova.

Peranti ini hadir dengan skrin 6.84-inci Full-View OLED yang mempunyai kadar segar semula 120Hz serta kecerahan puncak sehingga 4000 nits. Dari segi rekaan, nova 15 Max mengekalkan identiti siri nova dengan kamera belakang Star Ring serta kemasan cincin merah yang menjadi elemen visual utama.

Peranti ini dilengkapi kamera utama 50MP RYYB Ultra Vision, 2MP Ultra Lighting serta 8MP kamera swafoto. Fungsi AI seperti AI XD Portrait dan AI Best Expression turut disertakan untuk membantu menghasilkan gambar yang lebih semula jadi.

Bagi menguasakan peranti, nova 15 Max dimuatkan bateri berkapasiti 8,500mah yang menyokong pengecasan 40W. Menurut Huawei, peranti ini mampu menyokong sehingga 23 jam main balik video dan turut dipadankan dengan teknologi Energy Booster untuk mengoptimumkan prestasi bateri.

Selain itu, terdapat juga fungsi pengecasan berbalik yang membolehkan telefon ini mengecas peranti lain seperti fon telinga atau tablet Huawei.

Ia turut didatangkan dengan ciri X-Button yang boleh disesuaikan untuk akses pantas kepada aplikasi kegemaran. Sistem audionya pula dilengkapi Symmetrical Stereo Dual Speakers dan 90° Ultra-wide Soundstage.

Lain-lain termasuk sokongan sambungan Wi-Fi 7, Bluetooth 5.2, ciri keselamatan melalui Privacy Centre dan Security Centre, penarafan kalis air dan habuk IP65, pensijilan SGS 5 bintang serta ciri Splash Touch yang membolehkan peranti digunakan dalam keadaan tangan basah.

Dua pilihan warna tersedia iaitu Blush Gold dan Golden Black.

Harga dan ketersediaan

Di Malaysia, HUAWEI nova 15 Max dijual pada harga RM1,699 bagi 8GB RAM dan 256GB storan.

Pembelian boleh dilakukan melalui HUAWEI Experience Stores, laman rasmi HUAWEI, Shopee, Lazada atau TikTok Shop. Sepanjang tempoh promosi awal, ia ditawarkan pada harga RM1,499 bersama hadiah bernilai sehingga RM827 termasuk HUAWEI Band 10 dan jaminan penggantian bateri percuma selama dua tahun. 

{suggest}

HUAWEI nova 15 Max Kini Tiba Di Malaysia – Bateri 8,500mAh, Harga RM1,699 WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts