HPUSM Perkenal Teknologi Robotik Untuk Pembedahan Lutut

by Oh! Semput


7
SHARES
85
VIEWS
Posted on 20 Feb 2026 04:00:30

Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) mencatat sejarah apabila menjadi hospital pertama di Pantai Timur memperkenalkan teknologi ROSA® Knee System untuk pembedahan Total Knee Replacement (TKR).

Prosedur pertama telah pun berjaya dilakukan pada 23 September 2025 lalu dan sehingga kini seramai 13 pesakit telah menerima rawatan tersebut dengan hasil klinikal yang positif.

“Pengenalan perkhidmatan ini membolehkan masyarakat di Pantai Timur mendapat akses kepada rawatan pembedahan lutut berteknologi tinggi tanpa perlu dirujuk ke luar kawasan, sekali gus mengurangkan beban kewangan dan sosial pesakit serta keluarga,” Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed,

Teknologi ini membolehkan perancangan pra-pembedahan lebih terperinci serta maklum balas masa nyata semasa pembedahan, sekali gus meningkatkan ketepatan dan pemulihan pesakit.

Selain memberi manfaat kepada pesakit, inovasi ini turut memperkukuh peranan HPUSM sebagai pusat latihan klinikal.

‘ROSA® Knee System’ berfungsi sebagai pembantu pembedahan yang menyokong pakar bedah melalui perancangan pra-pembedahan yang terperinci serta maklum balas intra-operatif masa nyata, termasuk pengukuran penjajaran lutut dan keseimbangan tisu lembut.

Teknologi ini turut menjadi sebahagian daripada komponen pengajaran dalam Program Sarjana Perubatan (Ortopedik), di mana pelajar pascasiswazah didedahkan kepada teknik moden berasaskan data.

HPUSM juga menawarkan Fellowship Arthroplasty untuk melatih pakar ortopedik dalam pembedahan penggantian sendi.

Langkah ini membuktikan komitmen USM terhadap inovasi perubatan, pendidikan berkualiti, dan kerjasama strategik dengan industri peranti perubatan dan institusi akademik di peringkat nasional serta antarabangsa dalam usaha meningkatkan taraf kesihatan negara.

{suggest}

HPUSM Perkenal Teknologi Robotik Untuk Pembedahan Lutut WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts