by Oh! Semput
Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan RM20 juta kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) bagi tujuan pembaikan, naik taraf serta penyelenggaraan kemudahan asas mengikut keperluan sekolah.

Foto: Bernama
Memetik laporan daripada Buletin TV3, peruntukan ini merupakan tambahan kepada RM80 juta yang telah diluluskan kerajaan kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) pada Januari lalu sempena Perutusan Tahun Baharu 2026, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan bantuan kepada sekolah aliran Cina mencecah RM100 juta.

Foto: Bernama
Anwar menekankan bahawa langkah ini selari dengan komitmen kerajaan untuk memperkukuh sistem pendidikan negara tanpa mengira latar belakang kaum atau aliran sekolah, sekaligus membentuk masyarakat yang lebih harmoni dan inklusif.
Beliau turut menyeru pelajar agar menanam nilai hormat-menghormati, disiplin diri, dan semangat perpaduan, serta menolak budaya buli dan sikap memandang rendah terhadap golongan lain.
Selain itu, Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Tambun turut menyampaikan sumbangan RM300 kepada 3,000 pelajar di kawasan Parlimen tersebut.

Foto: Bernama
Artikel lain: Tiada istilah anak tiri dalam Kerajaan MADANI, peruntukan dibuat ikut keperluan rakyat – PM Anwar
Turut hadir dalam majlis sama adalah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, serta Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, menandakan sokongan penuh kerajaan terhadap usaha memperkasa pendidikan dan kesejahteraan pelajar sekolah aliran Cina.
: Buletin TV3 (Kumaran Rajamoney)