Himpunan GARAH: Sah! Zamri Vinoth, beberapa individu lain ditahan – Ketua Polis KL

by Oh! Semput


10
SHARES
131
VIEWS
Posted on 07 Feb 2026 20:34:33

Polis mengesahkan penahanan penyelaras himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), Zamri Vinoth, bersama beberapa individu lain di sekitar pusat beli-belah Sogo, malam ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, dalam kenyataan ringkas memaklumkan Zamri antara individu yang ditahan berhubung himpunan yang dijadual berlangsung pada jam 8 malam tadi.

“Saya sahkan penahanan Zamri Vinoth bersama penama-penama lain.
“Kita akan perincikan lanjut berhubung penahanan itu, esok,” katanya.

alt

alt

Menurut laporan, beberapa individu dipercayai peserta GARAH didakwa cuba melakukan provokasi ketika dihampiri anggota polis. Pada awalnya, polis memberikan nasihat supaya mereka tidak meneruskan sebarang perhimpunan di lokasi berkenaan.

Semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk tindakan lanjut, termasuk siasatan dan rakaman keterangan. Difahamkan, sekurang-kurangnya enam individu ditahan, termasuk Zamri dan peguam Haniff Khatri.

alt

Artikel lain: Polis tak benarkan? Himpunan Anti Rumah Anutan Haram tetap diteruskan – Zamri Vinoth

Pemantauan di lokasi setakat jam 10 malam mendapati kawasan sekitar Sogo semakin lengang selepas pihak polis menghalang orang awam daripada memasuki perkarangan pusat beli-belah tersebut. Sogo turut mula menutup operasi perniagaan sekitar jam 9.30 malam.

Tindakan penahanan ini merupakan sebahagian daripada usaha polis untuk mengekang sebarang perhimpunan yang boleh mengganggu keselamatan dan ketenteraman awam. Polis menegaskan tindakan tegas akan diteruskan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya mematuhi arahan dan nasihat pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan diri dan masyarakat terpelihara.

: BH Online (Nor Azizah Mokhtar)

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts