by Oh! Semput
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh memaklumkan bahawa pergerakan Pemuda UMNO ingin menawarkan perkhidmatan perguam kepada mereka yang didakwa dalam Himpunan Gerakan Anti Rumah Ibadat Haram (GARAH).

Menerusi kenyataan yang dibuat di Facebook, Akmal menegaskan bahawa rakyat Malaysia mempunyai hak untuk berhimpun secara aman dimana ia telah dijamin oleh perlembagaan.
Ujarnya, beberapa rakyat Malaysia telah ditahan dan bakal didakwa pada bulan hadapan susulan terlibat dalam himpunan GARAH semalam di hadapan Sogo, Kuala Lumpur.
Jelas Akmal lagi, hak untuk rakyat berhimpun seharusnya dipertahankan dan bukan sebaliknya.
Beliau turut menyatakan bahawa individu yang patut ditahan adalah mereka yang menceroboh tanah, bukannya mempertahankan pencerobohan.

Terdahulu, Polis mengesahkan penahanan penyelaras himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), Zamri Vinoth, bersama beberapa individu lain di sekitar pusat beli-belah Sogo semalam.

Artikel lain: Himpunan GARAH: Keputusan larang perhimpunan atas risikan keselamatan -Ketua Polis KL
Difahamkan, Zamri antara individu yang ditahan berhubung himpunan yang dijadual berlangsung pada jam 8 malam tadi.
: Facebook Akmal Saleh