#Hiburan: Ustazah Dibebaskan Dengan Jaminan Polis, Peguam Negara Maklum Akan Teliti Kes Sebelum Pendakwaan

by Oh! Semput


8
SHARES
99
VIEWS
Posted on 15 Apr 2026 08:01:49

Jabatan Peguam Negara memaklumkan bahawa pihaknya akan meneliti kes melibatkan seorang guru yang dipercayai merempuh dua pelajar di dalam kawasan sekolah sebelum sebarang keputusan pendakwaan dibuat.

Peguam Negara, Mohd Dusuki Mokhtar berkata, setakat ini Polis Diraja Malaysia masih belum menyerahkan kertas siasatan kepada pihaknya.

Advertisement

wanita cikgu

“Perkara ini akan diteliti secara saksama dan adil selepas siasatan lengkap diperoleh dari PDRM.”

“Setakat ini kita belum putuskan guru berkenaan akan didakwa mengikut seksyen yang mana sebaliknya menunggu kertas siasatan daripada PDRM terlebih dahulu.”

“Kita akan buat keputusan sebaik siasatan selesai sepenuhnya. Saya percaya siasatan polis mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mangsa meninggal dunia, namun keputusan akhir untuk tuduh belum dipastikan mengikut seksyen mana,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Kelantan, Mohd Yusoff Mamat memaklumkan bahawa guru berusia 57 tahun itu dijangka akan didakwa dalam masa terdekat.

Ustazah Tertekan Minyak Kereta Hingga Ragut Nyawa Pelajar Berdepan Penjara 10 Tahun

Menurut beliau, individu terbabit kini telah dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu perkembangan lanjut siasatan. – Harian Metro

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-04-14 12:09:22

Ustazah Tertekan Minyak Kereta Hingga Ragut Nyawa Pelajar Berdepan Penjara 10 Tahun

Ustazah Dibebaskan Dengan Jaminan Polis, Peguam Negara Maklum Akan Teliti Kes Sebelum Pendakwaan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts