#Hiburan: Polis Sahkan Kehilangan Jaslinda Di Gunung Batu Putih Tiada Unsur Jenayah Atau Along

by Oh! Semput


4
SHARES
53
VIEWS
Posted on 04 Jun 2026 08:01:45

Polis mengesahkan kes kehilangan pendaki, Jaslinda Saludin, 49, di Gunung Batu Putih, Tapah tidak melibatkan sebarang unsur jenayah atau along.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Abdul Malik Hasim ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah hari ini.

Advertisement

KP Tapah

Menurut Abdul Malik, orang ramai diminta tidak menyebarkan dakwaan tidak sahih berhubung kehilangan wanita berkenaan.

“Tiada unsur along, tiada unsur jenayah membabit wanita yang hilang itu, saya minta supaya tak perlu dihebohkan perkara itu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan pihak polis akan merakam percakapan 13 rakan pendaki Jaslinda yang terlibat dalam ekspedisi pendakian tersebut bagi membantu siasatan.

“Masih Belum Ditemui…” Operasi SAR Jaslinda Diteruskan Dalam Skala Kecil Selepas 11 Hari Pencarian

“Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya kepada pihak polis untuk membantu kita dalam menyelesaikan pencarian ini,” katanya.

Terdahulu, Abdul Malik berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) Jaslinda akan tetap diteruskan, namun dilaksanakan pada skala kecil bermula esok.

Kes kehilangan Jaslinda sebelum ini mendapat perhatian ramai selepas operasi SAR dijalankan di kawasan Gunung Batu Putih. – KOSMO ONLINE

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

jaslinda
2026-06-03 16:37:55

“Masih Belum Ditemui…” Operasi SAR Jaslinda Diteruskan Dalam Skala Kecil Selepas 11 Hari Pencarian

Polis Sahkan Kehilangan Jaslinda Di Gunung Batu Putih Tiada Unsur Jenayah Atau Along first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts