#Hiburan: Hadir Makan Di Rembayung, Individu Persoal Sama Ada Siti Nurhaliza Turut ‘Battle’ Tempahan Slot – “Pakai PS Juga Ke?”

by Oh! Semput


5
SHARES
62
VIEWS
Posted on 14 May 2026 08:01:58

Kehadiran Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ke restoran Rembayung milik pempengaruh terkenal, Khairul Aming baru-baru ini menarik perhatian seorang individu yang tertanya-tanya bagaimana penyanyi itu berjaya mendapatkan tempat di restoran berkenaan.

Menerusi satu hantaran, individu terbabit mempersoalkan sama ada Siti atau mesra disapa TokTi turut perlu ‘battle slot’ seperti pelanggan lain atau menggunakan bantuan pembantu peribadi.

Advertisement

“Curious Tokti pergi Rembayung battle slot sendiri ke guna PS,” tulis individu itu.

Menjawab persoalan tersebut, pengurus Siti, Rozi Abdul Razak tampil menjelaskan bahawa kehadiran mereka ke restoran berkenaan sebenarnya atas jemputan khas bagi meraikan dirinya.

Malah, Rozi memaklumkan kunjungan itu turut disertakan dengan kejutan sambutan hari lahir buat dirinya.

“Sebenarnya @ctdk tu hanya jemputan meraikan saya, dan saya juga hadir kerana ada surprise sambutan birthday untuk saya di situ.”

“Jadinya yang battle semua tu bukan @ctdk. Dan kebetulan dapat slot tengahari, hari kerja tapi kami hadir juga. Saya terangkan supaya dapat menjawab juga pertanyaan lain,” ujarnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

sc
2026-05-13 16:09:04

"Kami Berdua Masih 'Berjuang', Hidup Tak Sentiasa Indah" - Scha Alyahya

Hadir Makan Di Rembayung, Individu Persoal Sama Ada Siti Nurhaliza Turut ‘Battle’ Tempahan Slot – “Pakai PS Juga Ke?” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts