#Hiburan: PU Riz Balas Komen Netizen ‘Pergi Tegur Adik-Adik Dulu’ – “Simpanlah Kurang Cerdik Kepada Diri Sendiri..”

by Oh! Semput


5
SHARES
64
VIEWS
Posted on 11 Feb 2026 04:31:57

Pendakwah bebas, PU Riz, tampil bersuara selepas segelintir netizen mengecam dirinya kerana didakwa tidak lantang menegur ahli keluarga sendiri, sebaliknya lebih banyak menegur kesalahan orang lain.

Menerusi perkongsian di Threads, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail, 31, menjelaskan bahawa proses perubahan setiap individu adalah berbeza dan tidak boleh disamakan.

Advertisement

Haris Ismail

haris ismail

“Setiap orang melalui process hijrah-Nya atas tangungan dirinya telah diwajibkan perintah Allah.”

Tambahnya, sebagai manusia, usaha perlu dilakukan sehabis daya dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan ketika menegur.

Suami kepada Neelofa itu turut mengingatkan agar masyarakat tidak meremehkan ajaran agama ketika menceritakan proses hijrah seseorang.

“Menceritakan proses dengan meremehkan ajaran-Nya itu kita elak elakan. Walaupun mungkin niatnya baik cara tidak menghalalkannya.”

“Jadi simpanlah kurang cerdik kepada diri sendiri kerana dikhuatiri tuhan memarahinnya.”

Dalam pada itu, PU Riz menjawab secara langsung kritikan yang memintanya menegur ahli keluarga terlebih dahulu sebelum menegur pihak lain.

“Kepada yang akan komen ‘elok tengok cermin dulu kot‘, ‘pergi tegur adik adik dululah’, ‘saya suggest pusing area area keluarga dulu’.”

“Ini jawapan saya, pertama tidak pernah kita setuju dengan maksiat ini seiring hadith nabi tentang sesiapa yang lihat kemungkiran mesti dicegahnya. Secara diam dan terbuka telah pun konsisten saya menyebut mengenai-Nya.”

Menurutnya lagi, dalam konteks keluarga besar, teguran memerlukan kebijaksanaan dan konsistensi.

Jelas PU Riz, tafsiran ayat al-Quran berkenaan menjaga keluarga daripada api neraka lebih tertumpu kepada ahli rumah terdekat seperti anak-anak dan isteri.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi, dengan ada yang menyokong pendiriannya dan tidak kurang juga yang terus mempertikaikan pandangannya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Azira Shafinaz
2026-02-10 14:50:36

Penampilan Azira Shafinaz Di Sambutan CNY Undang Kritikan Netizen - "Macam Nak Terlondeh, Malu Tengok"

PU Riz Balas Komen Netizen ‘Pergi Tegur Adik-Adik Dulu’ – “Simpanlah Kurang Cerdik Kepada Diri Sendiri..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts